INFO HISEC

PENGENALAN

Selaras dengan penganjuran Islamic Global Innovation Festival and Talent (i-GIFT), Institute of Halal Research and Management (IHRAM) berhasrat untuk menonjolkan konsep Halal Istihlak Education (HIE) dengan menganjurkan buat julung kalinya Halal Istihlak (Consumerism) Seminar, Exhibition and Competition (HISEC) yang akan melibatkan kepakaran akademik dan industri yang menerajui industri Halal di Malaysia.

OBJEKTIF

  • Menyebarluaskan ilmu kepenggunaan halal kepada industri, pihak berkepentingan dan orang awam.
  • Menyediakan platform libatsama komuniti dengan syarikat multinasional.
  • Memberi peluang kepada usahawan asnaf untuk memperkenalkan produk mereka.